Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 51 dan Salam Ramadhan

August 31st, 2008 by aquilasha

Selamat hari kebangsaan yang ke 51

klik untuk tengok video hari kemerdekaan di sekolah aku

dan Salam Ramadhan. ^_^

hari sukan SMK Lutong, Miri

July 6th, 2008 by aquilasha

2, 3 dan 4 haribulan yang lepas adalah hari sukan sekolah aku. Ha.. sapa2 yang nak tau, sekolah aku ni pelik sikit. hari sukan sampai 3 hari. Bagi tau aku.. sekolah mana yang buat hari sukan lebih dari 3 hari? Dan yang paling bestnya, 2 hari yang terakhir tu diiktiraf sebagai cuti peristiwa.. gila. bekerja time cuti.

Mana tak sampai 3 hari.. setiap acara mengikut tingkatan. bermaksud, 1 jenis acara ada 5 bahagian (setiap tingkatan). tu tak termasuk lagi saringan, separuh akhir dan akhir. Ni lah kali pertama aku join hari sukan yang memenatkan.

Aku bertugas di bahagian pengiraan markah dan keputusan rasmi. Aku rasa, ni lah tugas paling selesa kerana duduk dlm aircond sedangkan orang lain kepanasan di luar. tapi, inilah kerja paling banyak masalah - sbb takut salah key in markah. kena hati2 dan buat checking byk kali. kerja paling membosankan sbb tak leh tgk aksi2 student. haha

oklah.. layan gambar!

Sweet Dsci0860 Dsci0857 Dsci0855 Dsci0830 Dsci0819 Dsci0797 Dsci0811 Dsci0814 Dsci0824 Dsci0876 Dsci0836 Dsci0845 Dsci0845_1

ni saja gambar yang dapat aku ambil.. sbb.. aku dapat keluar ke grandstand untuk beberapa minit saja.. isk3… ni pun time perasmian..

Majlis yang ringkas dan meriah

June 11th, 2008 by aquilasha

Alhamdulillah.. semuanya selamat dalam satu lafaz. Saat itu betul2 buat aku gembira, terharu, dan sebak. Aku sekarang sudah menjadi isteri yang sah kepada Mohd Firdaus b Yatim. Ya Allah.. aku rasa sangat bahagia dan aku juga berharap semua orang merasakan kebahagiaan itu bersama-sama.. aku dapat lihat semua yang berada di sisi aku saat itu mengalirkan air mata kesyukuran..

Kawan baikku, Hadijah ada di sisi ku dari awal hingga akhir majlis. Aku amat2 menghargainya. Dia memegang tanganku erat ketika aku berdebar saat akad nikah berlangsung. Dia menemani aku sehingga pengantin lelaki sampai dan terus berada di sisi sehingga majlis tamat. terima kasih banyak2!

Bila fikir balik, aku macam tak percaya yang aku sudah berkahwin.. saat perkenalan aku dengannya agak singkat, tetapi penuh dengan kebetulan. banyak versi cerita yang keluar bagaimana kami berkenalan sebab suami tak mahu kecoh2. Cukuplah orang lain tahu yang kami berkenalan melalui kakaknya. Tapi yang sebenarnya, dia tersalah nombor.. dari situ kami berkenalan. Tapi, sepanjang perkenalan, kami tak pernah berjumpa dan first time jumpa suami sudah merancang untuk bertunang. Semasa pertunangan, hanya 4 kali kami bertemu bertemankan mak ayah.. itupun jarang dapat line clear untuk bersembang bersama.

Beberapa hari selepas majlis, kami sibuk bergerak ke sana-sini bertandang ke rumah saudara mara.. penat gila. kemudian, gi rumah mertuaku kat perak. banyak undangan kahwin kat sana.. bak kata suamiku dah masuk musim mengawan.. huhuhu…

setelah 4 hari di sana, kami balik ke klang. tinggal beberapa hari saja sebelum aku kembali ke Miri untuk meneruskan tugas sebagai cikgu. rasa sedih nak meninggalkan suami. tetapi, apa nak buat…

sebelum masuk ke balai berlepas, aku mengalirkan airmata sebaik

bersalaman dengan suami. Dia terus mencium dahiku. rasa berat nak meninggalkan suami dan terpaksa berpisah sementara… 

1_225807112l  3033757    1_784743997l   1_830723453l1_196282906l

1_246171101l

1_476767794l

1_707514468l

 

Kenali personaliti anda - Rahsia Kentut

April 15th, 2008 by aquilasha

Rahsia Kentut ~ Just For Fun!

1. Orang TIDAK JUJUR; Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2. Orang BINGUNG; Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3. Orang BERWAWASAN 2020; Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.

4. Orang SENGSARA; Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5. Orang MISTERIUS; Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

6. Orang GUGUP; Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.

7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI; Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang

8. Orang SADIS; Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus dikibaskan baunya.

9. Orang PEMALU; Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.

10. Orang yang STRATEGIK; Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.

11. Orang BODOH; Orang yang kalau habis kentut menghirup dan menelan udara untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.

12. Orang PELIK; Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh

13. Orang SOMBONG; Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

14. Orang RAMAH; Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.

15. Orang yang tidak senang BERGAUL Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.

16. Orang AKUATIK; Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air

17. Orang ATLETIK; Orang yang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

18. Orang JUJUR; Orang yang mengaku kalau habis kentut

19. Orang PINTAR; Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian.

20. Orang KELAKAR; Orang yang bila ketawa sambil kentut

21. Orang yang ROMANTIK; Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating

22. Orang yang TIDAK SIHAT; Orang yang bila batuk dia akan terkentut

23. Orang yang PANAS BARAN; Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri

24. Orang yang PELUPA; Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia sendiri yang kentut

~ This is for fun only! bukannya betul.. tapi kalau terasa tu.. agak2nya betul tak? hehehe…

kursus 3 minggu…

April 6th, 2008 by aquilasha

dari 14 mac hingga 1 april 2008 aku gi kursus induksi dan kenegaraan kat penview inn di kuching, sarawak. sepanjang 2 minggu pertama tu… kelas penuh dari pagi hingga ke malam.. tak kira sabtu atau ahad, mahupun cuti maulidur rasul… tiada rehat!

doakan aku lulus ujian induksi ni.. huhuu… aku ni lemah sikit jawab soalan esei..

seminggu terakhir pulak, gi kursus kenegaraan kat kem permai, santubong, sarawak.. best giler! cuma tak banyak gambar yang boleh nak dirakamkan kat sana sebab alat elektronik semua di simpan oleh diorang. pantai dia cantik sgt! kalau korang nak berjalan ke sarawak, jangan lupa singgah kat santubong.. tak rugi, tempatnya cantik sangat!

pengalaman best sangat kat sana.. cuma tempatnya agak keras.. kitorang kena kacau malam terakhir kat situ.. ‘dia’ mengajuk balik apa yang kitorang suka buat.. ketawa, sendawa… hahahaha.. tapi alhamdulillah, tak de perkara yang dasyat berlaku..

kursus kenegaraan ni best sangat. menanamkan semangat patriotik dalam diri.. aku yang tak minat sejarah ni, terus jadi minat sgt.. banyak yang aku pelajari semasa di kursus ini. kursus ni juga banyak melatih aku berani bercakap.. tak sangka, aku banyak bercakap semasa dalam kursus ni sebab diberi banyak peluang untuk bercakap dan menyuarakan pendapat. org2 yang kenal aku tentu tahu, aku lebih suka mendengar daripada bersuara bila dalam satu meeting or perbincangan.

ni beberapa gambar masa aku kat sana.

P3280904 di hadapan tempat pendaftaran kem permai

P3280908 kawanq2 aku kat sana..

P3280926 jom, pergi sekolah!

P3280952 bukan tempat tinggal aku ya..

P3280953 bersusah payah meredah hutan untuk menuntut ilmu.. chewah!

P3280960 selepas sarapan, ambil gambar utk tgk gigi bersih tak.. sbb tak de cermin..

P3280968 cantik kan…?

P3280978 dalam dewan yang dijadikan surau.

P3311000 ini gambar hari last kat sana.. teringin nak datang lagi!

P3311009 jalan masuk ke kem permai.. last snap sebelum pulang..

meremang…. seram

February 28th, 2008 by aquilasha

Aku rasa semua orang pernah kena ‘tindih’ kan? maksud aku ditindih ’sesuatu’ ketika tgh tidur… aku selalu sangat kena, lebih2 lagi kalau aku tidur lewat. Ada penjelasan saintifik tak tentang fenomena ni? kebelakangan ni, ada perkara yang pelik2 berlaku.. terutamanya tentang duit.. dalam 2 bulan ni, duit kitorang hilang.. tak hilang banyak.. rm50 je.. tapi, aku hilang rm50, Ati hilang jugak, duit rumah yang Hajar bayar pun hilang rm50…

Malam tadi kitaorang satu housemate duduk depan tv sambil bersembang.. tiba2 sorang kawan bangkitkan isu pasal ditindih ni lah.. aku pun cakap, aku selalu kena kat rumah ni, sebab tu skang ni aku selalu tidur kat ruang tamu. masalahnya, mlm tadi, bila aku tidur kat bawah, untuk kali pertamanya aku kena sejak tidur kat ruang tamu. susah nak bernafas, terasa ada orang betul2 depan muka aku. aku cuba baca ayat kursi, tapi asyik ulang ayat yang sama, tak habis2.. bila dah terlepas, aku cuba tidur balik dan ubah posisi.

masa tengah mamai2 nak tidur, aku terasa ada orang gerakkan bantal kat muka aku. kemudian, ‘dia’ duduk kat hujung kaki aku dan sentuh dengan perlahan kaki aku… aku fikir kawan aku, tapi semua orang kata mereka tidur nyenyak malam tadi. terlintas pulak kat fikiran aku nak tgk duit aku kat purse… memang betul.. rm50 yang aku asingkan dari duit belanja hilang, duit yang Ati bayar untuk kad kredit pun hilang rm50..

penjelasan! aku perlukan penjelasan sekarang… dan apa teknik atau cara yang terbaik untuk aku hadapi situasi ni!

level UP!

December 30th, 2007 by aquilasha

tahun 2007 hampir tamat dan 2008 semakin menjelma. sebelum menetapkan azam baru dan perancangan baru, jangan lupa buat postmortem untuk sepanjang 2007. sekurang-kurangnya dapat baiki apa yang cacat dan tidak melakukan kesilapan yang sama tahun hadapan.

Memikirkan apa yang aku dah lakukan sepanjang 2007, ada perkara yang ‘level up’, ada juga yang ‘level down’.. tapi kalau dalam game, tak ada pulak istilah level down.. memikirkan kehidupan macam game, seronok juga.. kita akan cuba untuk level up dalam apa pun perkara yang kita nak buat.

bukan susah nak ukur tahap level tu.. kita nilai diri kita sendiri saja, kita sendiri tahu tahap kemampuan kita.

orait.. kalau aku..

1. kerja : tiada level up tahun ni. EXP jatuh sikit.. sebab tak leh kerja dibawah tekanan.. tapi level masih kekal :-P

2. memasak : level down. setahun duduk ngan Siti, aku cuma tolong potong itu ini. dia yang masak.. isk3.. EXP turun sebab adik komen masakan aku rasa lain daripada sebelumnya.

3. Menjahit : tiada level up. EXP naik lambat sebab tiada masa nak menjahit. tapi hari tu ada cuba menjahit sikit, skill still ok. :-)

4. Personaliti : level up! mungkin tak sehebat orang lain yang sebaya, rasanya dah leh urus penampilan diri lebih baik dari tahun sebelumnya.

5. kesihatan : level up! tahun ni sekali saja demam dan lelah.. (tak masuk selsema) alhamdulillah..

6. relationship : 2 times level up! berjaya menambah rakan-rakan dan kenalan baru - ditempat kerja dan dalam keluarga (keluarga tunang). 1 time level down untuk tidak menghubungi beberapa kenalan lama untuk tempoh masa yang lama.. isk3..

7. percintaan : 2 times level up! XD!! sekali: pertunangan pada 11 mac 2007. kali ke 2: first time dating berdua dengan tunang! XD!! (<– setiap kali dating, mesti ada mak ayah aku).

8. harta : level up! berjaya buat simpanan mengikut perancangan, Mr. Chopperman (kereta kelisa aku) sihat2 dan tiada masalah setelah setahun ni, Acer Elric (pc aku) juga tiada masalah dalam 2 tahun ni. alhamdulillah, semoga Allah sentiasa memberkati rezeki aku.

9. IQ : level up! rajin juga aku menambah pengetahuan aku secara formal dan tidak formal. tahun 2007 ni aku banyak gi kursus komputer yang banyak membuka minda dan menambah ilmu. dan aku suka surfing mencari maklumat walaupun untuk perkara yang remeh. :-)

10. EQ : level tak naik, tak turun.. EXP naik dan turun.. aku sentiasa happy go lucky cam orang kenal aku selalu, tapi sekali sekala, ada time aku bengang dan mengamuk sendiri.. adalah sekali dua.. mengamuk kat mesin jahit, kesesakan lalu lintas, kerja yang bertindan…

rasanya ini sahaja yang boleh disenaraikan untuk sepanjang 2007. ada kategori yang lain yang aku perlu ukurkan tak?

so.. untuk azam tahun baru ni, aku nak baiki mutu kerja supaya dapat level up sekurang2nya sekali dalam tahun ni. nak level up kan skill memasak dan menjahit amat berguna bila dah kawin nanti. :-P insyaallah, cuti pertengahan tahun depan.. :-)

new AMV

November 26th, 2007 by aquilasha

bosan2 masa cuti, aku buat AMV.

others:

2 kisah dalam 2 hari

November 4th, 2007 by aquilasha

hari ahad, kisah pertama
kitorg subuh hari tu agak lewat. aku la org first bangun, tu pun lepas tunang aku kejutkan. kalau tak, semua bangun lambat sebab kepenatan semalamnya. lepas solat, kitorg memulakan kerja2 mengemas dan memasak. aku tolong mengemas2 depan rumah dan membeli barang di kedai.

peminat pertama kitorg datang dalam kul 11.30 pagi. kak romina dtg ngan 2 org anaknya. lepas tu, disusuli pulak oleh cikgu elais dan familinya, bersama2 dengan kak shah dan familiya. kemudian, makin ramai tetamu yang hadir, termasuklah beberapa pelajar yang dijemput hadir oleh kak siti dan adda. riuh rendah rumah dibuatnya.

kitorang enjoy dan seronok sgt sebab ramai yang datang. tapi.. penatnya subahanallah… aku tak tau lah kwn2 aku yang lain, tapi aku terlelap terus selepas maghrib. ingat nak baring2 saja, tapi terus sampai kul 4 pagi.. tu pun mamai2 lagi, tak tau samada aku dah solat isyak ke belum..

terima kasih kepada sesapa yang dtg… lain kali leh jemput lagi.

hari isnin, kisah ke 2
argh… tension! bangun pagi je terus solat isyak yang tertinggal mlm tadi. pastu, baru teringat, kwn minta data emis mlm tadi, nak tak nak, aku terus buat pagi ni.

lepas mandi2, bersiap, start enjin, riverse, GEDEBUK!!!! aku langgar anak kucing …………………………….. sedih giler aku! wa.. aku tak sampai hati, aku terus nangis, panggil jiran sebelah.. sebab aku langgar kucing dia…. masa aku buka pagar, aku tak perasan dia sebab dia kat bawah kereta aku. dia tak lari pulak masa aku hidupkan enjin… dah lama aku tak nangis disebabkan kucing. dulu, kat rumah ada bela kucing, bila mati je, aku nangis.

nasib baik jiran aku tu tak salahkan aku. tapi, aku betul2 terkilan sangat sebab aku main2 dengan dia semalam… aku nampak dia pagi tu masa buka pintu, tapi tak terfikir dia duduk kat bawah kereta lepas tu… wa…

Jamuan Open House di rumah aku.

November 1st, 2007 by aquilasha

Kad

nmpak x kad ni?? hahah…dh baca kan..meh le rmai2 dtg umh..de ape?de pe? Open house..

tapi, klu nak dtg, syarat2nya adalah

  • kehadiran adalah wajib
  • klu tak hadir, sila beri surat tunjuk sebab
  • kehadiran akan diambil sebelum, semasa dan selepas majlis
  • pakaian: baju koperat
  • sila bawa duit raya dan kuih2 raya yang tak habis kat rumah tu.

p/s (to student2 aku): maaf, hanya menjemput guru2 smk lutong… klu semua nk dtg, matilah cikgu…